Sunday, 15 October 2017

[VIDEO TERKINI] 'Game Mati 5 Saat' Mengundang Maut Terhadap Remaja Terbabit. Malang Tidak Berbau, Beringatlah Sebelum Kena.


Mengundang kecaman netizen yang cukup hebat akibat tular video oleh sekumpulan remaja melakukan permainan 'game mati 5 saat'.

Permainan berbahaya itu menghalang udara untuk masuk ke dalam badan supaya berasa 'khayal' sekejap.

Menurut Ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Majlis Profesor Negara(MPN) Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora berkata ia permainan yang bodoh selain mengundang maut, serangan strok, boleh menyebabkan remaja terbabit lumpuh.

Katanya lagi "apabila dada ditekan menghentikan fungsi jantung yang menghantar oksigen ke otak lalu menyebabkan kematian jika oksigen tidak sampai selama 7 saat.

Beringatlah wahai remaja, nyawa hanya satu. Dengan satu tindakan kurang pandai boleh mengundang kepada kematian. Malang tidak berbau.

Berikut, video berdurasi 26saat yang telah tular di media sosial:


Sumber: Astro Awani, Siakap Keli.

Nak Tiket Wayang Percuma? Buat 7 Cara Pantas Ini Nikmatinya Di Pawagam Berdekatan Anda SEGERA!

Siapa tidak suka dapat tiket wayang percuma tanpa mengeluarkan duit walau satu sen. Terutama bagi kaki wayang yang setia menonton hampir setiap minggu. Malah ada antara mereka yang sanggup menyertai peraduan demi mendapatkan tiket secara percuma.

Apa perbezaan menonton filem di pawagam atau di telefon pintar mahupun televisyen? Timbul persoalan bagi sesetengah individu yang merasakan ia membazir.

Banyak perbezaannya yang anda sendiri dapat lihat antaranya filem-filem tersebut di tayangkan lebih awal diiringi 'sound effect' yang cukup menakjubkan berbanding menonton di telefon pintar/televisyen anda harus menunggu agak lama untuk filem tersebut di tayangkan.

Pasti anda tidak sabar untuk ketahui langkah berkesan yang bakal Fakta Viral kongsikan bersama anda. Berita gembira buat kaki wayang, 7 Cara Pantas Ini Nikmatinya Di Pawagam Berdekatan Anda SEGERA!



1) Daftar Sebagai Member KLIK SINI

2) Tunggu sehingga bulan lahir anda.

3) Semak 'Emel' sama ada sudah terima mesej dari pihak GSC.

Tempoh yang diberi, anda boleh 'Redeem' dua(2) tiket percuma dalam mana-mana hari pada bulan kelahiran anda.

4) Klik & print. (Tiada masalah print hitam/putih atau berwarna)

5) Lepas print, isi form.

6) Kemudian. tunjuk form tersebut ke kaunter PAWAGAM berdekatan anda.

7) Nikmati tiket percuma menonton filem kegemaran anda.



TERMA & SYARAT:

  • Khas buat ahli GSC sahaja.
  • Pelanggan bertanggungjawab dalam memastikan tarikh lahir mereka adalah benar di dalam profil ahli GSC mereka.
  • GSC tidak bertanggungjawab jika ahli-ahli tidak dapat menebus baucer hari lahir dalam bulan kelahiran mereka & tiada pampasan akan diberikan.
  • Ahli GSC boleh menebus Dua (2) ticket wayang PERCUMA dalam setahun menggunakan baucer hari lahir.
  • Bagi menebus baucer hari lahir, ahli GSC PERLU MENCETAK baucer ini (berwarna atau hitam putih) dan isi maklumat mereka.
  • Ahli GSC PERLU hadir bersama baucer hari lahir yang lengkap untuk penebusan tiket wayang PERCUMA di kaunter GSC Box Office.
  • Baucer hari lahir perlu disahkan oleh staf GSC dengan kad pengenalan yang ASLI di kaunter GSC Box Office semasa penebusan.
  • Tiket wayang PERCUMA ini sah untuk filem-filem yang ditanda asterisk (*) di semua lokasi (tidak sah di GSC Signature).
  • Buat filem-filem 3D Digital, cas tambahan RM5.50 akan dikenakan kepada SETIAP tiket.
  • Baucer hari lahir yang asli boleh didapati di www.gsc.com.my dan aplikasi Mobile GSC sahaja. Salinan baucer hari lahir tidak akan diterima.
  • Sah dalam bulan kelahiran sahaja. Contoh, jika hari lahir ahli jatuh pada 15 Mac, penebusan baucer hari lahir hanya sah dari 1-31 Mac sahaja.
  • Ticket wayang PERCUMA tidak boleh ditukar untuk wang ringgit.
  • Tidak sah dengan promosi GSC yang lain.
  • Tidak sah bagi Gold Class, Premiere Class, Twin Seats, MAXX dan D-BOX.

Saturday, 14 October 2017

[BUKTI VIDEO] 7 Jenis Makanan Tiruan Harian Anda Punca Penyebab Kematian Yang Mengandungi Lilin, Semen Dan Kimia Merbahaya.


Semua perkara ada baik ada buruknya. Bile sebut tentang makanan banyak perkara yang perlu kita teliti dari segi kebersihan, pemprosesan dan sebagainya demi menjamin kesihatan manusia.

Tapi lain pula di negara China yang terkenal menghasilkan produk tiruan. Bukan sahaja pakaian, barang elektronik malah makanan juga mampu mereka hasilkan dengan kaedah tiruan demi mengaut keuntungan untuk dipasarkan ke luar negara.

Menurut beberapa kes yang biasa kita dengar, produk kulit tiruan telah menimbulkan iritasi gatal-gatal, kemerahan, pedih pada sesetengah kulit sensitif. Bagaimana jika makanan tiruan pula masuk ke dalam badan manusia? Makanan tiruan berkimia cukup memberi pengaruh besar yang buruk terhadap organ dalaman badan manusia. Anda pasti kesihatan terjamin?

Jom Fakta Viral Dedahkan 7 Makanan Tiruan BERBAHAYA:

1) BERAS TIRUAN

Ia dihasilkan dari kentang, ubi jalar dan limbah plastik lalu diproses sehingga menyerupai beras asli. Kos pembuatan beras tiruan ini cukup murah tapi apa yang cukup membimbangkan adalah pedagang barang runcit memborong dan meraih keuntungan lebih besar.


2) KOBIS TIRUAN

Mudah dibuat tidak sampai beberapa minit sudah selesai. Hasilnya nampak sama seperti yang asli. Susah bagi kita untuk membezakannya jika ia serupa.  


3) TELUR TIRUAN

Bahannya ialah air, pewarna makanan, gelatin dan lilin.


4) BIHUN TIRUAN

Bihun palsu ini sebenarnya asli tapi ia dibuat oleh tepung gandum tamat tempoh.


5) KACANG WALNUT TIRUAN

Isinya dibuang lalu diganti dengan semen. Merbahaya tapi permintaan semakin meningkat.


6) BUAH TEMBIKAI TIRUAN



7) SUSU TIRUAN

Banyak kegunaan bahan kimia melamin terhadap industri. Bayi di China dilaporkan telah mengalami keracunan akibat melamin dalam kandungan susu. Rupanya melamin ternyata boleh meningkat kadar protein dalam susu formula.



Tujuan Admin berkongsi maklumat mengenai makanan tiruan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kita semua untuk lebih berhati-hati memilih sesuatu produk. Jangan kerana harga murah kita percaya bulat-bulat. Sama-sama kita hargai kesihatan yang tiada nilainya sementara masih hidup.

Friday, 6 October 2017

[VIDEO KISAH BENAR] "Orang Sekeliling Selalu Panggil Saya Tapir, Ya Lawak Tapi Ia Menyakitkan Hati Saya." Dulu Digelar Tapir Kini Bergelar Model Serta Usahawan.


Kisah Inspirasi yang Fakta Viral ingin berkongsi bersama pembaca setia ialah tentang seorang pemuda berhati cekal bernama Ridwan Mustafa. Kini dia seorang model, usahawan dan juga pelakon. Dahulunya, dia mengalami obesiti dan telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi pada umur 23 tahun.

Berat Ridwan pada ketika itu mencecah 120kg. Doktor memberinya pilihan sama ada menurunkan berat badan atau mengambil ubat-ubatan sepanjang hidupnya. Dia membuat keputusan dengan menurunkan berat badan.

Pada 3 bulan yang pertama, Ridwan tidak pulang ke kampung. Dia jaga makan dan melakukan aktiviti untuk menurunkan berat badannya.


Selepas berjaya menurunkan 20kg dia terus pulang ke kampung untuk berjumpa keluarganya. Bapanya cukup terkejut dan pelik melihat perubahan ketara Ridwan lalu bertanya "Wan kau ni ambil dadah ke?".

Sepanjang 23 tahun mengalami obesiti, Ridwan tidak dapat lari dari kutukan serta hinaan dari orang sekeliling memanggilnya 'Tapir'. Bagi mereka ia satu gurauan tapi mereka tidak tahu gurauan tersebut telah menyakitkan hati saya.

Ridwan menjadikan ayat-ayat itu sebagai salah satu pembakar semangat buatnya. Dia nekad untuk berubah.

Ketika dia bekerja sebagai jurutera di salah sebuah syarikat perkapalan terbesar di Malaysia, selama 2 tahun telah berjaya menurunkan berat badan orang sekeliling sering berkata "Wan, muka kau ni ada nilai komersial buat orang nak tengok dalam gambar."

Sejak itu, dia pergi lebih dari 30 casting. Dia terus mencuba dan terus mencuba lagi akhirnya dia berjaya. Kata-kata semangat yang cukup mendalam di katakan oleh Ridwan "Kalau dia tidak berusaha dia takkan sampai di tahap ini. Kita harus percaya pada diri kita, kalau bukan kita siapa lagi."




Dia telah berjaya membuktikan pada orang sekeliling yang menghina dengan pelbagai kutukan yang sentiasa membuat dia hilang semangat adalah sama sekali salah.

Berikutan video penuh cukup menyentuh hati dari Malaysia Stories di mana Ridwan menceritakan detik-detik kegelapannya bertukar pelangi yang cukup indah atas usahanya sendiri.


Tuesday, 3 October 2017

[TERKINI] "Murid Tahun 4 Maut Terjerut Tali Rafia, Separuh Tali Di Leher Dan Separuh Lagi Di Buaian."

                                                          -Gambar Hiasan-


BUTTERWORTH, PULAU PINANG - Kejadian berlaku di rumahnya Pangsapuri Ria, Lebuh Bengali. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut akibat terjerut tali rafia ketika bermain dengan tali yang tergantung di buaian rumahnya.

Nenek mangsa memberitahu cucunya bermain bersendirian di dalam bilik. Ketika hendak memanggil mangsa untuk makan malam, dia terkejut melihat cucunya sudah terbaring di atas lantai.

Selain itu, keluarga mangsa memaklumkan kejadian tersebut berlaku kira-kira 12 tengah malam.

Pemeriksaan mendapati terdapat tali rafia di leher kanak-kanak itu dan sebahagian lagi masih tergantung di bahagian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Abd Aziz Daud berkata ketika dihubungi polis mengklasifikasikan kes tersebut adalah kematian mengejut dan mayat akan di bawa ke Hospital Seberang Jaya.

Sumber: Astro Awani

[VIDEO] “Tolong Ubatkan Makcik Dan Bantu Kemas Rumah.” Rayuan Warga Emas Terpaksa Hidup Tujuh Tahun Penuh Longgokan Sampah.


KUALA LUMPUR – Pesara kerajaan itu tinggal sebatang kara di rumahnya di Ampang. Selepas berpisah dengan suaminya 17 tahun lalu dia menderita bengkak kaki yang memerlukan rawatan.

Tiada siapa sangka rumah tersebut berpenghuni, keadaan ruang tamu penuh dengan timbunan sampah. Laluan yang ada hanya cukup-cukup sahaja membolehkan dia bergerak setiap hari.

“Ubatkan saya dan bantu kemas rumah.” Rayuan seorang wanita warga emas, Zaidah Mansor, 67, yang hidup bersama longgokan sampah di rumah sendiri yang kali terakhir di kemasnya  tujuh tahun lalu.

Menurut Zaidah lagi “lama kelaman rumah saya sudah jadi seperti pusat pelupusan sampah dan tidak mampu membuangnya. Saya pula sakit jadi saya biarkanlah.”

Faktor kesihatan yang menyebabkan pergerakannya terbatas hingga akhirnya dia terpaksa hidup dengan timbunan plastik, kertas dan perkakas rumah.

Berikutan rakaman video penuh.


Sumber: Harian Metro.



Monday, 2 October 2017

[VIDEO KISAH BENAR] “Dulu Saya Hidup Dengan RM3 Sehari Selama 6 Bulan”. Beliau Berjaya Mengubah Hidupnya, Anda Bakal Terkejut Siapa Pemuda Ini Sekarang.



Kisah Inspirasi yang bakal Fakta Viral dedahkan ini  patut dijadikan contoh bagi anak-anak muda yang lain. Pemuda tersebut bernama Mohd Alatas. Rakan-rakan memanggilnya Roy. Dia bekerja sebagai decorator dengan gaji RM10 sehari sahaja. Tolak RM7 kos pengangkutan dan baki bersih yang tinggal hanyalah RM3 untuk sehari.

Apakah yang di belanjakan pemuda itu hanya dengan RM3 sehari?
Dengan hanya RM3, beliau membahagikan RM1 untuk Maggi, RM1 beli air, RM1 untuk simpanan. Yang membuat Admin tersentuh hati  Maggi itu di patah dua(separuh makan siang hari dan separuh lagi malam). Pemuda itu tinggal di Batu Caves, simpang tiga, fly over. 

Sedikit demi sedikit wang dikumpul. “Cukup RM500 beli dapur gas dan buka gerai” katanya lagi. Lapan bulan beroperasi tapi hidup masih dalam kesempitan tapi tetap bersyukur. Beliau memberitahu rakannya untuk mengambil sedikit hasil titik peluh mereka untuk daftar lesen di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) dan meneruskan niatnya buat interior dan fashion design.

Berkat tabah dan sabar, untuk bisnes pertama yang dilakukannya mengaut keuntungan sebanyak RM30,000.00.

Katanya,

“Youtube dan Google adalah guru terbaik saya.”


Siapa minta hidup susah dan siapa yang tidak mahu hidup senang. Ada orang dilahirkan serba lengkap sempurna, ada pula yang tidak bernasib baik terpaksa mengharungi berliku dugaan. Admin berbangga dengan sikap Pemuda ini yang cekal dan tabah. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat anda di luar sana.

Ikuti video penuh Malaysian Stories dari SAYS:



[VIDEO TERKINI] 'Game Mati 5 Saat' Mengundang Maut Terhadap Remaja Terbabit. Malang Tidak Berbau, Beringatlah Sebelum Kena.

Mengundang kecaman netizen yang cukup hebat akibat tular video oleh sekumpulan remaja melakukan permainan 'game mati 5 saat'. ...